Hiburan
‘Konspirasi’ tamat awal? pengarah dakwa tak tahu punca filem dihenti tayang selepas seminggu

Pengarah Ghaz Abu Bakar meluahkan rasa sedih apabila filem arahannya, konspirasi, dihentikan tayangan di pawagam lebih awal walaupun baru ditayangkan pada 21 Mei lalu.
Tayangan filem itu difahamkan tamat bermula 28 Mei selepas hanya seminggu ditayangkan di seluruh negara.
Menurut Ghaz, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar filem tersebut ditarik keluar kerana tiada penjelasan diberikan kepadanya. Dia bagaimanapun menerima perkara itu secara positif walaupun mengakui kecewa.
Dalam perkembangan sama, FINAS menjelaskan keputusan menghentikan tayangan bukan dibuat pihak berkuasa, sebaliknya atas permintaan penerbit iaitu Elepfilm Entertainment Sdn Bhd.




