Sukan
Tiket piala dunia 2026 dibuka lagi, FIFA lepaskan batch baharu

FIFA mengumumkan pelepasan batch baharu tiket Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico bermula 11 Jun hingga 19 Julai ini.
Menurut FIFA, tiket tambahan itu dijual untuk semua 104 perlawanan menerusi laman rasmi mereka secara ‘first come, first served’.
Jumlah tiket bagaimanapun terhad dan dijangka cepat habis susulan permintaan tinggi daripada peminat seluruh dunia.
Antara bandar tuan rumah ialah Los Angeles, Miami, Toronto, Mexico City dan New Jersey yang turut menjadi lokasi final pada 19 Julai ini.



