Malaysia

Azam Baki diserang aktivis ketika berucap di WTCKL

Ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki, terganggu seketika apabila dua aktivis tampil membuat protes dalam satu program di World Trade Centre Kuala Lumpur, petang tadi.

Insiden berlaku beberapa minit selepas ucapan bermula apabila seorang individu cuba menghampiri pentas, diikuti seorang lagi dari arah belakang sambil membawa sepanduk menggesa penahanan Azam, dipercayai berkait isu pemilikan saham.

Kedua-dua individu terbabit, dikenali sebagai Hamdin Nordin yang juga Presiden Liga Rakyat Demokratik serta Ahsanul Akmal, dipercayai aktivis Sekretariat #TangkapAzamBaki dan koordinator MANDIRI.

Mereka segera diiring keluar oleh petugas keselamatan, dengan gangguan hanya berlaku beberapa saat.

Difahamkan, kedua-duanya kemudian ditahan, manakala kumpulan berkaitan menggesa agar mereka dibebaskan. Azam bagaimanapun meneruskan ucapan tanpa terjejas dan enggan mengulas lanjut selepas program.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker