Malaysia

Data peribadi bocor, Khairul Aming hantar LOD kepada Maxis

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan kebocoran data peribadinya dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Maxis, selain membuat empat laporan kepada pihak berkuasa.

Menerusi Threads pada Rabu, beliau memaklumkan laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta polis di IPD Dang Wangi.

Tindakan itu dibuat selepas Khairul Aming mendakwa maklumat bil telefon peribadinya didedahkan di media sosial oleh pihak lain.

Beliau kini menuntut penjelasan berhubung bagaimana maklumat tersebut boleh bocor dan tersebar kepada umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker