Malaysia
Sabah lulus reformasi Mahkamah Anak Negeri, wujud sistem tiga peringkat

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang Mahkamah Anak Negeri 2026 bagi memperbaharui sistem Mahkamah Anak Negeri yang menggantikan Enakmen 1992.
Dibentangkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Ariffin Arif, reformasi itu bertujuan memodenkan pentadbiran keadilan adat tanpa mengubah undang-undang adat setiap etnik.
Antara perubahan utama ialah pengenalan sistem tiga peringkat iaitu Mahkamah Anak Negeri Daerah, Mahkamah Anak Negeri Tinggi dan Mahkamah Rayuan Anak Negeri, selain pelantikan hakim berdasarkan merit serta kemudahan wakil peguam.
Kerajaan Sabah turut memperkenalkan mahkamah bergerak dan prosiding dalam talian bagi memudahkan akses keadilan terutama masyarakat di kawasan pedalaman.




