Malaysia

Pengawal peribadi maut ditembak di Tol Port Dickson, polis kesan dua suspek

Seorang pengawal peribadi, 43 tahun, disahkan meninggal dunia selepas ditembak di Jalan Rasah menuju Plaza Tol Port Dickson, Seremban pagi tadi.

Mangsa meninggal kira-kira jam 12.50 tengah hari di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, manakala seorang lagi mangsa, 47 tahun, masih dirawat di zon merah.

Kejadian dipercayai melibatkan dua lelaki bermotosikal, identiti masih dalam siasatan.

Perodua Myvi mangsa turut ditemui dengan kesan tembakan dan terdapat percikan darah susulan kes tembakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker