
Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, membidas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan gesaan supaya Indonesia dilayan sebagai negara tersisih dalam ASEAN berhubung isu jerebu rentas sempadan.
Lutfi menyifatkan isu itu tidak sepatutnya dijadikan peluang meraih publisiti politik, sebaliknya menegaskan tindakan perlu menyasarkan syarikat yang terbukti bersalah.
Syed Saddiq sebelum ini menggesa negara ASEAN mengambil tindakan diplomatik bersama serta mengenakan tekanan kewangan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan pembakaran hutan ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober.




