Malaysia

Namewee dibebaskan pertuduhan kes dadah

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee daripada pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya selepas laporan patologi mengesahkan keputusan negatif.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan, sekali gus membolehkan wang jaminan RM2,000 dipulangkan.

Pertuduhan tersebut sebelum ini dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, Namewee masih berdepan satu lagi pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu di bawah Seksyen 12(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker