Malaysia

Dua penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di Johor

Dua lelaki berusia 34 dan 50 tahun maut selepas motosikal masing-masing bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 24.9 Jalan Johor Bahru–Gelang Patah–Pendas, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, nahas berlaku kira-kira jam 7.20 pagi apabila kereta itu dipercayai hilang kawalan di selekoh jalan yang basah lalu memasuki laluan bertentangan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu kereta dan dua penumpangnya cedera ringan.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. Saksi diminta tampil membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker