Malaysia

Import khinzir dari Sarawak ke Selangor tertakluk SOP ketat – Chan Foong Hin

Import khinzir hidup dari Sarawak ke Selangor melalui Pelabuhan Klang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Menurutnya, haiwan berkenaan hanya dibenarkan diturunkan antara jam 8 malam hingga 5 pagi menggunakan sangkar khas sebelum dihantar terus ke rumah sembelih di Rawang.

Beliau berkata, prosedur itu bertujuan memendekkan masa pengendalian dan mengurangkan risiko pencemaran. Sebarang dakwaan mengenai isu kebersihan pula perlu disokong bukti.

Chan turut menolak dakwaan bahawa import berkenaan bercanggah dengan titah Sultan Selangor.

Beliau menjelaskan bahawa urusan import itu bukan baru dilaksanakan tahun ini, malah sudah diterangkan kepada media dan di Parlimen sejak 2025.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker