Uncategorized

Kerajaan perkemas data pelarian seluruh negara menerusi DPP

Kerajaan sedang mengumpul maklumat pelarian di seluruh negara menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memudahkan pemantauan dan pengurusan golongan itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, fasa pertama melibatkan pelarian di depot imigresen, manakala fasa kedua yang akan bermula tidak lama lagi membabitkan pemegang kad UNHCR di luar depot.

Menurutnya, data berkenaan penting untuk mengurus keberadaan sementara pelarian sebelum mereka ditempatkan semula di negara ketiga atau pulang ke negara asal.

Zahid berkata, kerjasama UNHCR masih diperlukan bagi urusan penempatan semula kerana negara ketiga menggunakan kad UNHCR untuk mengesahkan status pelarian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker