Malaysia
Dadah RM202.76 juta dirampas di KLIA, warga Britain paling ramai ditahan

Sebanyak 93 individu ditahan dalam 77 kes penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah di KLIA dari Januari hingga 15 Oktober, membabitkan rampasan 2,526.28kg dadah bernilai RM202.76 juta.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ganja mencatat rampasan terbesar iaitu 2,407.27kg, diikuti syabu, ketamin dan kokain.
Warga Britain paling ramai ditahan, iaitu 26 orang, diikuti Malaysia (23), Singapura (11), Perancis (enam) dan Jepun (lima).
Tujuh operasi susulan turut membawa kepada penahanan 12 individu serta rampasan 571.59kg bunga ganja.
Beliau mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap tawaran kerja mencurigakan dan tidak membawa barangan orang lain ke luar negara tanpa mengetahui kandungannya.



