Malaysia
Bomba Malaysia guna robot, ganti jentera lama

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang memodenkan operasi menerusi penggunaan robot pemadam kebakaran serta penggantian jentera lama.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata sebanyak 372 daripada 592 jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) telah berusia lebih 10 tahun.
Sehubungan itu, JBPM merancang mendapatkan 80 jentera FRT baharu.
Selain itu, kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan RM1.8 bilion di bawah Belanjawan 2027 bagi melaksanakan 96 projek baharu dan sambungan JBPM, termasuk pembelian jentera serta peralatan.
Langkah itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi bomba dan memastikan anggota lebih bersedia menghadapi kebakaran, operasi menyelamat serta bencana.




