Malaysia

KPKT salur RM15 juta untuk 87 projek infrastruktur di 50 perkampungan India

Sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 87 projek pembangunan infrastruktur, kemudahan awam dan keselamatan di 50 perkampungan India di seluruh negara tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata peruntukan itu merangkumi RM10 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu di bawah Belanjawan 2025.

Ia termasuk bagi projek naik taraf fizikal seperti jalan raya, sistem perparitan, longkang, dewan serbaguna, balai raya dan pemasangan lampu solar.

Selain itu, RM5 juta tambahan disalurkan melalui Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang diselaraskan MITRA untuk tiga fokus utama iaitu menaik taraf infrastruktur, menambah baik kemudahan awam dan memperkukuh aspek keselamatan di kawasan perkampungan terlibat.

Dalam Majlis Sentuhan Kasih MADANI Deepavali di Bandar Baru Salak Tinggi hari ini, Nga menyerahkan replika cek bernilai RM5.755 juta kepada negeri Selangor bagi pelaksanaan 30 projek daripada keseluruhan peruntukan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker