Malaysia

Ronald Kiandee patut undur diri kerana kegagalan sendiri, bukan Muhyiddin – Sanjeevan

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan berpandangan Datuk Seri Ronald Kiandee seharusnya meletakkan jawatan susulan kegagalannya sendiri dan bukannya mengheret Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam polemik tersebut.

Menurut Sanjeevan, kenyataan Ronald sebelum ini dilihat sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada kelemahan kepimpinan beliau di Sabah, apabila Bersatu gagal membina kekuatan sebenar, menyusun jentera parti yang berfungsi serta menyatukan pimpinan dan akar umbi.

Kegagalan itu turut menyebabkan parti tidak berjaya meraih keyakinan rakyat Sabah, sekali gus meninggalkan landskap politik negeri dalam keadaan berpecah dan tidak berhala tuju.

Justeru katanya, tanggungjawab moral untuk berundur seharusnya terletak pada Ronald sendiri, bukannya pimpinan pusat.

Sanjeevan menegaskan Bersatu tidak boleh dijadikan pentas menutup kegagalan peribadi atas nama reformasi, dan jika benar ikhlas, Ronald wajar berundur secara terhormat serta bertanggungjawab terhadap prestasi kepimpinannya sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker