“Kenapa rakyat perlu ke Singapura?” — Hannah Yeoh mahu KL jadi hab konsert serantau

Kuala Lumpur disasar untuk bersaing dengan Singapura sebagai hab konsert utama di rantau ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Hannah berkata langkah itu penting supaya rakyat Malaysia tidak perlu ke Singapura untuk menyaksikan artis antarabangsa. Beliau mahu prosedur dan syarat penganjuran konsert di Kuala Lumpur dikaji semula bagi memudahkan lebih banyak acara besar dianjurkan di ibu negara.
Antara usaha yang dilakukan ialah pengurangan deposit keselamatan bagi artis luar negara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), daripada RM30,000 kepada RM15,000.
Malaysia turut memperkenalkan skim Concert and Event in Malaysia Incentives (CEMI) pada 2025, yang menawarkan rebat 30 peratus bagi perbelanjaan tempatan yang layak, sehingga RM1.5 juta.




