Malaysia

Pegawai tentera dalam kes pemanduan mabuk direman 2 hari lagi

Seorang pegawai tentera yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya Maju minggu lalu, ditahan reman dua hari lagi.

Tempoh reman pertamanya tamat semalam sebelum polis mendapatkan lanjutan sehingga esok bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Kuala Lumpur itu.

Kejadian pada 23 April lalu berlaku apabila suspek berusia 31 tahun itu didapati memandu melawan arus di lebuh raya berkenaan sebelum bertembung secara berdepan dengan sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu e-hailing berusia 41 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Isa berkata siasatan masih diteruskan dengan 12 saksi sudah dirakam keterangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker