Malaysia

Cuaca tahap berjaga-jaga di 17 kawasan ketika gelombang panas kembali melanda – Met Malaysia

Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatatkan cuaca panas tahap berjaga-jaga atau ‘level 1’ setakat 6 pagi hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Keadaan ini menunjukkan peningkatan suhu panas yang kembali melanda beberapa negeri di Malaysia.

Kawasan terlibat ialah Perlis, beberapa daerah di Kedah (Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Padang Terap), Kuala Kangsar dan Hulu Perak di Perak, Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang di Kelantan, Kuala Lumpur; Gombak dan Sepang di Selangor. Turut terkesan ialah Beaufort dan Telupid di Sabah serta Limbang di Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan, status ‘level 1’ ini dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah celsius untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker