Malaysia
Jurugambar ‘asal boleh’ di KLCC makin naik kepala, cederakan penjaja minuman

Seorang penjaja minuman cedera di kepala selepas dibelasah sekumpulan jurugambar haram di kawasan Menara Berkembar Petronas pada Isnin.
Insiden didedahkan Mohd Fadli Salleh yang memaklumkan kejadian bermula apabila kumpulan berkenaan mencetuskan kekecohan dan menyerang pelancong asing.
Mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan kemudian menjadi sasaran dan dipukul beramai-ramai dari arah belakang.
Serangan itu menyebabkan mangsa utama mengalami kecederaan serius di kepala hingga memerlukan tujuh jahitan, manakala seorang lagi mangsa cedera dan menerima dua jahitan.
Barangan jualan turut dimusnahkan, laporan polis telah dibuat dan kes kini disiasat polis.




