Malaysia
Kes remaja ditampar di Pasar Seni selesai selepas minta maaf, tiada isu perkauman

Kes remaja 12 tahun yang ditampar di Pasar Seni diselesaikan secara baik selepas individu terlibat tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa, dengan pengesahan tiada unsur perkauman dalam insiden itu.
Susulan kejadian tular tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh memaklumkan barisan peguam Pemuda UMNO bersedia menawarkan bantuan guaman percuma sekiranya keluarga mangsa ingin mendapatkan nasihat lanjut.
Insiden berlaku di sebuah premis di Pasar Seni dan dirakam CCTV, mencetuskan reaksi meluas yang menggesa tindakan tegas, khususnya melibatkan keselamatan kanak-kanak di tempat awam.




