Malaysia

MIC kekal dengan BN susulan perubahan kepimpinan PN

MIC mengesahkan akan kekal bersama Barisan Nasional buat masa ini, susulan perubahan kepimpinan dalam Perikatan Nasional.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan berkata, parti itu masih menilai kedudukan termasuk kemungkinan menyertai gabungan lain, namun belum membuat keputusan muktamad.

Menurutnya, perubahan dalam PN yang kini diterajui PAS memerlukan penelitian semula, khususnya dari segi penerimaan akar umbi dan sentimen masyarakat India.

MIC pada masa sama tidak menolak PN secara keseluruhan, tetapi menegaskan sebarang keputusan akan dibuat selepas kajian menyeluruh.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker