Malaysia
KPDN dedah hampir 50 stesen minyak Kelantan seludup petrol ke Thailand

Sebanyak 48 stesen minyak di Kelantan dikenal pasti berisiko tinggi terlibat ketirisan subsidi, dipercayai menjadi laluan aktiviti penyeludupan bahan api ke Thailand.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memaklumkan pemantauan dipertingkat, khususnya di stesen dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan.
Operasi turut menumpukan kenderaan mencurigakan yang mengisi minyak berulang menggunakan tong atau tangki tambahan, selain pemeriksaan ke atas pemegang permit dan pemborong.
Pihak berkuasa menegaskan tindakan tegas akan diambil bagi mengekang penyelewengan subsidi dalam situasi harga bahan api yang tidak menentu.




