Malaysia
Malaysia bimbang ancaman Houthi, gesa laluan laut antarabangsa kekal selamat

Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman Houthi untuk menyekat laluan kapal di Selat Bab el-Mandeb, antara laluan perdagangan maritim utama dunia.
Kementerian Luar menegaskan kebebasan pelayaran perlu dipelihara kerana gangguan boleh menjejaskan perdagangan global, selain menggesa semua pihak meredakan ketegangan melalui dialog dan diplomasi.




