Malaysia

Terminal 1 Seremban raih pengiktirafan Terminal Gred A

Terminal 1 Seremban kini diiktiraf sebagai Terminal Gred A selepas berjaya memenuhi piawaian tertinggi dalam aspek keselamatan, operasi, penyelenggaraan fasiliti dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pengiktirafan itu membuktikan Terminal 1 Seremban mencapai standard pengurusan ditetapkan kerajaan dan boleh menjadi contoh kepada terminal pengangkutan awam lain.

Menurutnya, terminal yang dilesenkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sejak 1 Ogos 2023 itu kini mengendalikan antara 150 hingga 180 perjalanan bas sehari, melibatkan 84 pengendali ke pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk ruang menunggu lebih selesa, pembelian tiket tanpa tunai, peningkatan kebersihan serta usaha membanteras kegiatan ulat tiket.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker