Malaysia

Pembaziran subsidi minyak masak cecah RM10.9 bilion – PAC

Jawatankuasa Wang Negara (PAC) mendedahkan kemungkinan pembaziran subsidi minyak masak berjumlah RM10.879 bilion dari 2019 hingga Februari 2025 susulan kuota Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang didakwa terlalu tinggi berbanding keperluan sebenar rakyat.

Naib Pengerusi PAC, Teresa Kok, berkata dalam sidang media di Bangunan Parlimen pada Khamis (16 Julai), kuota semasa sebanyak 60,000 tan metrik sebulan jauh melebihi keperluan domestik yang hanya sekitar 19,000 hingga 30,000 tan metrik, sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan subsidi.

Beliau turut mendedahkan kelemahan pengurusan stok minyak masak rosak serta penguatkuasaan yang lemah sehingga berlaku ketirisan, penyorokan bekalan dan penjualan melebihi harga kawalan RM2.50.

PAC mencadangkan lapan langkah penambahbaikan termasuk mengurangkan kuota subsidi mengikut permintaan sebenar, menghentikan subsidi bagi stok rosak, mempercepat pelaksanaan sistem eCOSS dan memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker