
Atlet skuasy negara, S Sivasangari membantu Malaysia mencapai sasaran enam emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas menjuarai perseorangan wanita.
Sivasangari menewaskan wakil India, Anahat Singh 11-4, 11-4, 11-7 di Nagoya Kinjo Futo Arena, sekali gus melayakkan diri ke Olimpik Los Angeles 2028.
Malaysia kini mengumpul enam emas, dua perak dan lapan gangsa, dengan dua emas daripada karate, manakala masing-masing satu daripada sepak takraw dan e-sukan.




