Malaysia
Subsidi diesel 50 liter sehari cukup bantu kos operasi – LKIM

Kerajaan masih beri subsidi diesel sebanyak 50 liter sehari pada RM1.65 seliter untuk nelayan di Malaysia.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil, mengakui ada nelayan mengadu kuota itu kecil, tetapi namun beliau menjelaskan subsidi ini hanya untuk bantu sebahagian kos operasi, bukan menanggung semuanya.
Selain subsidi diesel, kerajaan juga beri elaun sara hidup bulanan dan insentif ikut hasil tangkapan untuk meningkatkan produktiviti nelayan dan pastikan mereka terus keluar menangkap ikan.
LKIM tambah, bekalan ikan di dalam negara sekarang cukup, jadi sekiranya harga ikan naik, itu lebih kerana kos logistik dan pengangkutan, bukan kerana diesel tidak mencukupi.



