Malaysia
Anwar Ibrahim raih sokongan 52 peratus, kekal pemimpin paling diyakini rakyat – Merdeka Center

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatat kadar sokongan tertinggi sebanyak 52 peratus, sekali gus kekal sebagai pemimpin politik paling diyakini rakyat Malaysia berdasarkan tinjauan terbaharu Merdeka Center.
Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April itu melibatkan 1,209 responden pengundi berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara. D
Daripada jumlah itu, kajian turut menunjukkan 42 peratus rakyat percaya negara berada di landasan yang betul, manakala 50 peratus berpendapat sebaliknya, mencerminkan pandangan yang masih terbahagi mengenai situasi semasa negara.
Merdeka Center memaklumkan, sokongan terhadap Anwar kekal stabil meskipun berdepan cabaran ekonomi global dan isu kos sara hidup.



