Malaysia

Kanak-kanak lelaki 5 tahun maut jatuh dari tingkat 24 kondominium di Pulau Pinang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah unit kondominium di tingkat 24 di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan kediaman mangsa sebelum insiden disedari orang awam di lokasi kejadian.

Mangsa ditemui orang awam sekitar jam 11.30 malam di tingkat lima bangunan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab mengesahkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes ini dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker