Malaysia

Anjing diseret motosikal, video tular cetus siasatan JPV

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang menyiasat kejadian dua lelaki didakwa mengheret seekor anjing menggunakan motosikal di Batu Lancang.

Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya sudah menerima laporan serta video berdurasi 21 saat mengenai kejadian itu.

Menurut penyelamat haiwan bebas, David Yim, seorang wanita yang menyaksikan kejadian cuba meminta kedua-dua lelaki itu berhenti, namun mereka terus mengheret anjing berkenaan sebelum meninggalkan lokasi.

Anjing itu dipercayai mengalami kecederaan serius, manakala gambar dan video kejadian sudah diserahkan kepada JPV untuk membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker