Malaysia

JSJ Bukit Aman siasat kes polis tembak tiga lelaki di Durian Tunggal

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tiga suspek ditembak mati selepas mencederakan polis di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 November.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata pasukan khas ditubuhkan selepas keluarga suspek membuat laporan tidak berpuas hati terhadap tindakan polis.

Beliau mengesahkan laporan keluarga diterima hari ini, manakala siasatan sebelum ini oleh JSJ Kontinjen Melaka dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

JSJ memberi jaminan siasatan baharu akan dilakukan secara telus dan profesional, termasuk semakan terhadap laporan keluarga.

Sebelum ini, tiga penjenayah paling dikehendaki, dikenali sebagai Geng DT, ditembak mati selepas menetak seorang koperal ketika operasi di ladang kelapa sawit pada 24 November.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata suspek berusia 24 hingga 29 tahun itu dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah dan premis sejak 2024 dengan kerugian RM1.3 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker