Pemaju tanggung sepenuhnya sewa penduduk Kampung Sungai Baru – Menteri

Sewa kediaman penduduk Kampung Sungai Baru yang ditempatkan di penempatan sementara ditanggung sepenuhnya oleh pemaju sehingga projek pembangunan semula siap dan mereka menerima rumah ganti.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, majoriti penduduk kini menetap di Residensi Sungai Udang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda di bawah seliaan DBKL.
Kerajaan menegaskan pembangunan semula kawasan itu bertujuan memastikan penduduk menikmati pampasan yang adil serta kediaman lebih baik.
Hasil pertemuan bersama wakil penduduk mendapati mereka tidak menolak projek berkenaan, sebaliknya hanya mempertikaikan isu pampasan.
Namun, kelewatan projek turut menimbulkan rasa kesal kerana ada pemilik asal sudah meninggal dunia sebelum sempat melihat hasil pembangunan tersebut.




