Kematian Prebet Amirul: Kerajaan jamin tindakan tegas jika ada unsur jenayah

Kerajaan memandang serius kematian anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil jika wujud unsur jenayah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia komited menegakkan keadilan serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku, termasuk penderaan fizikal yang melanggar SOP.
Mangsa meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh akibat kecederaan serius.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kem Batalion 25 RAMD, Bentong pada 31 Mac, dipercayai berpunca daripada isu kerja pembersihan, dengan seorang anggota PTTR disyaki menggunakan kekerasan terhadap tujuh anggota lain.



