Malaysia

Rayuan akhir Syed Saddiq diputuskan esok, peguam yakin pendakwaan gagal

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yakin Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan keputusan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam rayuan akhir yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Keputusan kes itu dijadual diumumkan esok oleh Mahkamah Persekutuan.

Menurut Hisyam, keyakinan itu berdasarkan fakta dan undang-undang yang dikemukakan pihak pembelaan. Beliau berkata rayuan pendakwaan sepatutnya ditolak kerana Mahkamah Rayuan sebelum ini telah memberikan penghakiman yang kukuh dalam kes berkenaan.

Keputusan rayuan akan diputuskan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sebelum ini, pada 25 Jun tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Syed Saddiq, 33, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker