Malaysia

Pemuda UMNO Selangor berkampung di pejabat Yeo Bee Yin, tuntut permohonan maaf dalam 24 jam

Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam susulan kenyataannya berkaitan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Desakan itu dibuat susulan hantaran Bee Yin yang dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum, yang didakwa bersifat menyindir serta mencetuskan ketegangan politik.

Lebih 100 Pemuda UMNO Selangor hadir ke ibu pejabat Bee Yin bagi menyerahkan memorandum bantahan, selain menuntut hantaran berkenaan diturunkan segera.

Pemuda UMNO Puchong turut memberi amaran akan menamatkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di peringkat Puchong sekiranya permohonan maaf tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan.

Hantaran Bee Yin dimuat naik selepas mahkamah memutuskan bahawa Titah Adendum tersebut tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker