Malaysia

Panasonic perkenal sistem rumah pintar dan pengawasan AI di Malaysia

Panasonic Malaysia memperkenalkan dua penyelesaian teknologi baharu iaitu Sistem Rumah Pintar Panasonic S.iCITY dan Sistem Pengawasan Pintar AI Panasonic pada 23 Jun lalu di Kuala Lumpur.

Pelancaran itu bertujuan menyediakan teknologi bersepadu untuk projek perumahan, bangunan komersial, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan bandar pintar.

Menerusi Sistem Rumah Pintar Panasonic S.iCITY, pengguna boleh mengawal lampu, penghawa dingin, langsir automatik, kunci pintar serta pelbagai peralatan rumah melalui satu aplikasi mudah alih.

Sistem itu turut menawarkan tetapan automatik seperti mod Malam, tiada di Rumah dan menonton filem, selain membantu menjimatkan penggunaan tenaga melalui integrasi dengan pelbagai peralatan pintar Panasonic.

Pada masa sama, Panasonic turut memperkenalkan Sistem Pengawasan Pintar AI yang dilengkapi kamera keselamatan, sistem rakaman video dan teknologi analitik berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Antara ciri yang ditawarkan ialah pengecaman wajah, pengecaman nombor pendaftaran kenderaan, pengesanan pencerobohan, pengimejan haba dan perlindungan keselamatan siber.

Menurut Seelan Kandasamy, Pengarah Bersekutu, Penyelesaian Sistem Panasonic Malaysia, pelancaran itu menandakan perubahan syarikat daripada pengeluar perkakasan kepada penyedia penyelesaian pintar yang menyeluruh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker