Malaysia

Rumah tanpa jeriji undang risiko, jangan abaikan aspek keselamatan – pakar seni bina

Trend kediaman moden tanpa jeriji tingkap atau balkoni di bangunan bertingkat boleh meningkatkan risiko kemalangan, terutama melibatkan kanak-kanak dan warga emas, kata Pensyarah Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Norngainy Mohd Tawil.

Beliau berkata ramai pemilik rumah kini mengutamakan reka bentuk minimalis yang memberi pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, namun aspek keselamatan tidak seharusnya diketepikan.

Menurutnya, kediaman masih boleh kelihatan moden dengan pemasangan penghadang tingkap, kaca keselamatan berlamina, pagar balkoni mengikut spesifikasi serta jeriji moden yang mempunyai sistem pelepasan kecemasan.

Dr Norngainy turut menjelaskan sistem penggera dan teknologi rumah pintar hanya berfungsi sebagai amaran selepas sesuatu berlaku, manakala ciri keselamatan fizikal mampu mencegah kemalangan daripada berlaku.

Berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak berusia bawah 10 tahun merupakan golongan paling berisiko terjatuh dari bangunan tinggi kerana sifat ingin tahu mereka, terutama apabila memanjat perabot berhampiran tingkap atau balkoni.

Beliau juga mengingatkan bahawa semakin banyak sekolah dibina melebihi lima tingkat, sekali gus memerlukan langkah keselamatan yang lebih menyeluruh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker