Malaysia
Imigresen kesan 19 pelawat Network School Forest City

Jabatan Imigresen Malaysia sedang mengesan 19 pelawat Network School Forest City selepas tiada maklumat atau rekod mengenai keberadaan mereka.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya kini mengesahkan status semua individu terbabit bagi mengetahui sama ada mereka masih berada di Malaysia atau telah keluar dari negara ini.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor membatalkan lesen operasi Network School Forest City, manakala MBIP turut membatalkan lesen perniagaan premis itu.




