Malaysia

Saifuddin gesa kerajaan jelaskan rancangan hantar pulang 5,000 Rohingya

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, menggesa Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan di Parlimen bagi menjelaskan rancangan kerajaan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar.

Beliau berkata kerajaan perlu menjelaskan dasar dan proses pelaksanaan penghantaran pulang itu, serta sama ada Malaysia masih berpegang kepada prinsip bahawa proses tersebut mesti dilakukan secara selamat, sukarela dan bermaruah.

Saifuddin turut mempersoalkan jaminan yang diberikan Myanmar terhadap status kewarganegaraan, keselamatan dan perlindungan jangka panjang pelarian yang akan dihantar pulang.

Beliau juga bertanya sama ada kerajaan mengubah pendirian terhadap junta tentera Myanmar dan sama ada langkah itu dilihat sebagai usaha menormalkan hubungan dengan rejim berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker