Serangan bom berani mati gegarkan Swat, 14 maut termasuk anggota polis

Letupan kuat menggegarkan Balai Polis Kabal di Swat, Pakistan apabila serangan bom berani mati mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa termasuk anggota polis, manakala 18 lagi cedera pada Ahad.
Menurut Jurucakap Polis Swat, Nasir Iqbal Karimi, pengebom meletupkan bahan letupan selepas cuba dihentikan dan diperiksa anggota polis di pintu masuk balai. Timbalan Ketua Polis Bahagian Malakand, Fida Hussain berkata, antara mangsa yang maut ialah anggota polis, manakala satu mayat dipercayai milik pengebom turut ditemui.
Serangan berlaku ketika ratusan penduduk menyertai demonstrasi di Kabal Chowk membantah peningkatan keganasan di Lembah Swat.
Insiden ini berlaku ketika wilayah tersebut mencatat peningkatan aktiviti keganasan dengan 154 kematian direkodkan pada Julai berbanding 75 pada Jun.




