Dunia

Netanyahu mohon maaf serang Qatar, setuju rundingan damai Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor memohon maaf kepada Qatar berhubung serangan peluru berpandu di Doha awal bulan ini yang mengorbankan seorang anggota keselamatan negara itu.

Serangan berkenaan dikatakan menyasarkan pemimpin Hamas yang ketika itu berada di Qatar untuk rundingan tebusan, namun secara tidak sengaja mengenai warga tempatan sehingga mencetuskan kecaman antarabangsa.

Permohonan maaf itu disampaikan Netanyahu kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani melalui panggilan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dari White House. Netanyahu turut memberi jaminan serangan seumpama itu tidak akan berulang.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump mengumumkan Netanyahu bersetuju menyokong pelan damai Gaza tajaan Washington bagi menamatkan perang hampir dua tahun di wilayah berkenaan.

Beliau optimis cadangan itu mampu membuka jalan ke arah perdamaian sekiranya Hamas turut memberi persetujuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker