Malaysia
Harimau Malaya dikesan di Fraser’s Hill, perangkap kamera dipasang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang empat perangkap kamera selepas seekor harimau Malaya dilaporkan dilihat di tepi jalan di Fraser’s Hill.
Pengarah Perhilitan Pahang, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penampakan itu kira-kira jam 9 pagi semalam sebelum empat pegawai dihantar untuk membuat pemeriksaan.
Beliau berkata, pemantauan akan diteruskan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehadiran harimau berkenaan. Beberapa gambar haiwan itu turut dikongsi di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Harimau Malaya ialah haiwan kebangsaan Malaysia dan dikategorikan sebagai spesies sangat terancam.




