Malaysia

Sekolah di Johor ditutup hingga Jumaat susulan jerebu

Sekolah dan institusi pendidikan di Johor akan terus ditutup selama lima hari bermula Isnin susulan keadaan jerebu dan kualiti udara yang semakin buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Johor, Dr Naqib Ghazali berkata, keputusan itu dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelajar.

Beliau berkata, pembelajaran dari rumah akan dilaksanakan bagi memastikan sesi pembelajaran terus berjalan. Antara kawasan merekodkan bacaan udara tidak sihat ialah Pasir Gudang, Larkin, Tangkak, Segamat, Kota Tinggi, Pengerang, Batu Pahat dan Kluang.

Sementara itu, sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa kerana kualiti udara masih terkawal. Kementerian Pendidikan akan terus memantau keadaan sebelum menentukan tindakan seterusnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker