Ganggu rehat di hotel, RM BTS rayu peminat beri ruang

Ketua kumpulan BTS, RM, merayu peminat supaya berhenti berkumpul di luar hotel penginapan mereka ketika jelajah konsert di Amerika Selatan, khususnya di Lima, Peru.
Menerusi hantaran di platform Weverse, RM berkata kehadiran peminat sepanjang hari menyebabkan bunyi bising sehingga mengganggu rehat ahli kumpulan dan kakitangan mereka.
RM turut menjelaskan keadaan itu mengganggu tetamu lain yang menginap di hotel sama. Menurutnya, kekurangan rehat dan tidur boleh menjejaskan persembahan mereka di pentas.
Beliau turut meminta peminat tidak berkumpul di luar hotel ketika mereka meneruskan jelajah ke Chile, Brazil, Argentina dan negara-negara Asia. RM menghargai sokongan peminat, namun berharap hubungan antara BTS dan ARMY menjadi lebih matang serta saling menghormati.




