Uncategorized
Polis diminta siasat ‘gurauan’ anggota Umno mengenai penganut Katolik

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang meminta polis menyiasat kenyataan seorang anggota Umno yang didakwa membuat ‘gurauan’ berkaitan penganut Katolik.
Aaron berkata siasatan perlu dijalankan terhadap kenyataan yang boleh dianggap bertujuan melukakan perasaan keagamaan serta menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
Beliau menegaskan isu melibatkan agama perlu ditangani dengan serius kerana kenyataan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat.




