
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tenang menjawab persoalan mengenai kemampuan nyanyiannya selepas seorang individu menyifatkan dirinya antara artis tempatan yang kurang berbakat sebagai penyanyi.
Dalam perkongsian di Threads, Elizabeth mengakui dia tidak sehebat penyanyi lain, namun menganggap tona suaranya mempunyai keunikan tersendiri.
“Saya rasa tone suara saya mungkin unik sikit. Cuma saya memang tak pandai nyanyi sangatlah,” katanya.
Elizabeth yang popular menerusi lagu Knock Knock turut mengakui dirinya sedar akan kemampuan sendiri dan sebab itu jarang tampil menyanyi.




