
Bekas pemain legenda Kedah Darul Aman FC, Nelson San Martin merayu bantuan kewangan selepas mendakwa tidak menerima gaji penuh sejak Januari, malah hanya dibayar sebahagian.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau turut berkongsi kod QR sebagai usaha mendapatkan bantuan ketika berdepan kesukaran menyara keluarga.
San Martin memaklumkan tunggakan melibatkan kontrak terkini serta bayaran lama, sehingga menjejaskan keperluan asas termasuk sewa rumah, selain berdepan isu perundangan di Chile.
Beliau turut memohon pertemuan dengan pemilik kelab bagi menyelesaikan isu tersebut, ketika tekanan kewangan semakin meruncing.




