Malaysia

Festival Mega iLINDUNGu 2026 meriah di Kota Damansara; pelbagai manfaat menanti pengunjung hingga Ahad

KOTA DAMANSARA – Festival Mega iLINDUNGu 2026 anjuran PERKESO kini sedang berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara, dengan pelbagai perkhidmatan, peluang pekerjaan dan aktiviti menarik menanti pengunjung sehingga Ahad ini.

Berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam, antara tarikan utama festival ialah Karnival Kerjaya MYFutureJobs yang menghimpunkan lebih 25 majikan dengan menawarkan lebih 2,000 kekosongan pekerjaan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan PERKESO termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, agihan topi keledar, semakan maklumat caruman serta khidmat nasihat berkaitan perlindungan sosial.

Bagi majikan pula, festival ini membuka peluang untuk mendapatkan diskaun sehingga 80 peratus bagi tunggakan bayaran caruman lewat (FCLB).

Festival berkenaan dijangka lebih meriah esok dengan kehadiran Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, yang dijadualkan menghadiri program berkenaan.

Dengan pelbagai perkhidmatan, peluang pekerjaan dan informasi disediakan di satu lokasi, orang ramai khususnya sekitar Lembah Klang masih berpeluang hadir bersama keluarga dan memanfaatkan Festival Mega iLINDUNGu 2026 sehingga Ahad ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker