Uncategorized

MIC persoal keperluan DAP tunggu enam bulan untuk nilai reformasi kerajaan

MIC mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang menetapkan tempoh enam bulan untuk menilai komitmen kerajaan terhadap reformasi, sedangkan parti itu sendiri sudah berada hampir tiga tahun dalam pentadbiran.

Ahli Kerja Pusat MIC, Datuk RT Rajasekaran berkata DAP sebagai parti terbesar dalam kerajaan sepatutnya tidak menunggu sehingga selepas kekalahan pilihan raya negeri Sabah untuk mendesak reformasi.

Banyak isu yang dibangkitkan kini termasuk e-invois, tuntutan Indira Gandhi dan pengiktirafan UEC muncul hanya selepas tekanan politik meningkat.

Beliau turut menegur kelemahan dasar dan komunikasi dalam beberapa kementerian yang diterajui pemimpin DAP, termasuk isu peraturan baharu melibatkan pemandu lori, masalah berulang Aerotrain serta kontroversi “Jewel Waterfall”.

Katanya, kelemahan pentadbiran ini turut menyumbang kepada hilangnya keyakinan rakyat sehingga membawa kepada kekalahan besar di Sabah.

Rajasekaran juga mempersoalkan mengapa desakan terhadap reformasi dibuat melalui media dan bukan dibincangkan terus dengan Perdana Menteri di meja kabinet.

Mengenai isu UEC, beliau menegaskan tiada tindakan konkrit daripada kepimpinan DAP walaupun ia antara tuntutan utama penyokong parti itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker