Hiburan
Jennie BLACKPINK jadi bualan selepas insiden jurugaya tersentuh di acara fesyen Paris

Jennie BLACKPINK menjadi perhatian netizen selepas satu insiden ketika menghadiri acara fesyen di Paris, Perancis pada 1 Jun lalu.
Dalam kejadian itu, seorang jurugaya dilihat secara tidak sengaja tersentuh bahagian dada Jennie ketika suasana sesak di kawasan red carpet.
Video itu tular di media sosial dan mencetuskan perdebatan netizen, dengan ada yang menganggap ia sekadar kemalangan ruang sempit, manakala sebahagian lain mengecam situasi dan reaksi Jennie.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jennie atau pihak pengurusan BLACKPINK berhubung kejadian tersebut.




